Semua alat › Data & Utiliti

Slip Gaji

Kira KWSP, PERKESO dan SIP ikut jadual rasmi, terus jadi PDF.

Cara guna Slip Gaji

  1. Isi maklumat syarikat, pekerja dan bulan, dan tambah logo kalau mahu.
  2. Masukkan gaji pokok dan PCB, kemudian tambah elaun dan tanda sama ada setiap satu dikenakan KWSP atau PERKESO dan SIP.
  3. Semak pratonton slip, kemudian klik Muat turun PDF.

Soalan lazim

Macam mana KWSP, PERKESO dan SIP dikira?

KWSP ikut Jadual Ketiga Akta KWSP dengan kadar mulai 1 Oktober 2025. PERKESO dan SIP ikut jadual caruman rasmi dengan had gaji RM6,000.

Apa itu caruman LINDUNG 24 Jam?

Skim PERKESO untuk kemalangan di luar waktu kerja yang bermula 1 Jun 2026. Ia sukarela bagi pekerja tempatan sejak 8 Julai 2026 dan wajib bagi pekerja asing.

Macam mana nak dapatkan amaun PCB?

PCB bergantung pada status dan pelepasan cukai pekerja. Kira dengan Kalkulator PCB LHDN dan masukkan amaunnya di sini.

Elaun dikenakan KWSP?

Bergantung pada jenisnya. Kerja lebih masa tidak dikenakan KWSP tetapi dikenakan PERKESO dan SIP, manakala elaun perjalanan dikecualikan daripada kedua-duanya. Tanda setiap elaun dengan betul.

Fail saya dimuat naik ke pelayan?

Tidak. Fail anda diproses terus dalam browser dan tidak dihantar ke mana-mana pelayan.

Alat ini percuma?

Ya. Percuma sepenuhnya, tanpa daftar, tanpa tera air dan tanpa had harian.

Alat Data & Utiliti lain